Friday

GAMIS Pulau Pinang Anjur OPKIM'09 di Kolej Komuniti pada 1 Mac 2009

0 comments


GAMIS Pulau Pinang sebagai badan bukan kerajaan rasa terpanggil memenuhi tuntutan sosial ini dengan dengan mensasarkan pelajar Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu sebagai peserta. Umumnya, para pelajar Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu adalah generasi muda di kawasan sempadan tiga negeri iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Serba sedikit, mereka ini juga turut menyumbang kepada struktur sosial di dalam 3 negeri tersebut khususnya dan di dalam Negara amnya. Sehubungan dengan itu, adalah wajar generasi muda ini dibangunkan rohani dan jasmani mereka agar memenuhi takrifan warga Negara kelas pertama dengan harapan mereka ini menjadi sumber insan dinamik yang diperlukan Negara pada masa hadapan.

“Generasi Muda Tiang Negara” adalah ungkapan peribahasa yang melambangkan peri pentingnya golongan generasi muda terhadap masa hadapan sesebuah Negara. Oleh itu tidak hairanlah, pembangunan generasi muda meliputi perkembangan positif jati diri, daya fikir yang tinggi dan daya saing yang tidak terkalahkan menjadi agenda nasional. Apatah lagi mereka ini adalah kelompok terbesar didalam sesebuah masyarakat. Usaha pembangunan ini diterjemahkan oleh kerajaan dalam skim pembangunan jenama Modal Insan (Human Capital) dibawah ransangan pelan tindakan RMK9.



Justeru, GAMIS sebagai badan bukan kerajaan turut terpanggil memenuhi tuntutan sosial ini dengan dengan mensasarkan pelajar Kolej Komuniti sebagai peserta. Umumnya, para pelajar Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu adalah generasi muda di kawasan sempadan tiga negeri iaitu Kedah, Perak dan Pulai Pinang. Serba sedikit, mereka ini juga turut menyumbang kepada struktur sosial didalam 3 negeri tersebut khususnya dan didalam Negara amnya. Sehubungan dengan itu, adalah wajar generasi muda ini dibangunkan rohani dan jasmani mereka agar memenuhi takrifan warga Negara kelas pertama dengan harapan mereka ini menjadi sumber insan dinamik yang diperlukan Negara pada masa hadapan.



Secara asasnya, OPKIM’09 ingin mendedahkan kepada para peserta 3 perkara iaitu:

• Mempunyai hala tuju yang jelas (cita-cita) untuk masa hadapan.

• Mempunyai perancangan dan agenda bertindak untuk mencapai cita-cita telah ditetapkan.

• Menyedarkan kepentingan kerjasama (teamwork) dalam mencapai cita-cita tersebut.

Comments

0 comments to "GAMIS Pulau Pinang Anjur OPKIM'09 di Kolej Komuniti pada 1 Mac 2009"

Post a Comment

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Gamis Penang by Admin Gamis Penang